Thursday, July 30, 2009

Najib janji terus gigih bekerja

PUTRAJAYA 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ucapan selamat hari lahir yang dihantar oleh pengunjung blog 1Malaysia sebagai satu dorongan untuk beliau bekerja lebih gigih.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, keseronokan melayari komen dan ucap selamat hari lahir itu tidak menyebabkan beliau alpa kerana masih banyak kerja perlu diselesaikan.
Menerusi entri terbaru dalam blog www.1Malaysia.com.my, beliau berkata, terdapat isu lebih besar membabitkan rakyat yang perlu diselesaikan secara menyeluruh.
"Saya sangat menghargai ucapan selamat anda semua dengan caranya yang tersendiri. Semua ucapan tersebut mendorong saya bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada nusa dan bangsa.
"Minggu lepas, sebaik pulang dari Timur Tengah, saya agak terkejut tetapi gembira, juga tersentuh apabila mendapati ramai daripada anda semua telah menghantar ucap selamat hari lahir di ruangan komen entri blog saya,'' katanya.
Najib berkata, beliau perlu bekerja gigih bagi memastikan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan, mencapai kejayaan.
"Oleh itu, saya akan bekerja rapat dengan menteri-menteri peneraju yang akan mengendalikan setiap bidang dalam NKRA bagi memastikan pelaksanaan yang sempurna dan mencapai hasil yang diharapkan," katanya.
Najib turut merakamkan penghargaan beliau kepada semua pengunjung blog yang telah menyampaikan ucap selamat secara peribadi kepadanya.
Beliau berkata, walaupun tidak mampu menyampaikan penghargaan kepada setiap individu, tetapi beliau berasa lega kerana boleh melakukannya dalam blog tersebut.
Mengenai 1Malaysia.com.my, Najib berharap ia akan dapat menyiarkan respons beliau terhadap komen pengunjung laman blog berkenaan sedikit masa lagi.
"Saya juga akan meneruskan dengan video soal dan jawab yang saya mulakan pada awal bulan ini. Penyertaan anda sangat penting kepada kedua-dua laman web ini dan saya berharap dapat berinteraksi lagi dengan anda," katanya.

Tuesday, July 28, 2009

Malaysia teruskan inisiatif tingkat pertumbuhan ekonomi

Credit to: Berita Harian..
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan meneruskan inisiatif bagi memastikan kejayaan pembaharuan dan perubahan struktural kepada ekonomi negara. Perdana Menteri berkata ia bagi merealisasikan model ekonomi baru berteraskan kreativiti, inovasi dan nilai tinggi yang akan menjamin kelangsungan kemakmuran nasional. "Malaysia adalah negara yang sentiasa berada di hadapan kelok perubahan dan pembangunan sejak kemerdekaan lebih lima dekad lalu," katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), di sini, semalam.
Najib berkata, apabila kemelesetan ekonomi pertengahan 1980-an menimpa negara akibat harga komoditi dunia yang merudum, Malaysia melancarkan dasar industrialisasi dan pembangunan prasarana secara besar-besaran. "Ketika menghadapi krisis kewangan Asia sekitar 1997/ 98, Malaysia mencipta kaedah kawalan modal dan tambatan mata wang. "Bagi menyelesaikan secara holistik masalah ketidakseimbangan ekonomi, Malaysia mengambil langkah di luar lingkungan pemikiran ekonomi lazim dengan memperkenalkan kaedah agihan persamaan kekayaan melalui Dasar Ekonomi Baru.
"Banyak pihak waswas ketika itu dan meramalkan ia akan mendatangkan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang, tetapi selama 20 tahun, dasar berkenaan berlangsung, pertumbuhan ekonomi berkembang dengan ampuh," katanya. Beliau berkata, kerajaan juga akan menawarkan ganjaran atau satu baiah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah rendah dan menengah dengan memberi ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Selain itu, sebagai projek perintis, 100 sekolah jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. "Dengan ini kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu pencapaian pelajar," katanya.

Glass Bridge....













Would you walk on this ?

Glass Bridge will be suspended 4,000 feet above the Colorado River on the very edge of the Grand Canyon. On May 2005, the final test was conducted and the structure passed engineering requirements by 400 percent, enabling it to withstand the weight of 71 fully loaded Boeing 747 airplanes (more that 71 million pounds). The bridge will be able to sustain winds in excess of 100 miles per hour from 8 different directions, as well as an 8.0 magnitude earthquake within 50 miles. More than one million pounds of steel will go into the construction of the Grand Canyon SkyWalk.


To all intelegent interviewer

No wonder these days a lot of youngsters still jobless !!!!
these are their intelligent answers in filling up the application enjoy hahahahhaha


Name : Ah Boy

Age : Still young

Sex : Never. Still under age

Religion : I only have experience praying my cat who dead 2 years before

Race : I love to race, how you know?

Nationality : I don't like National, I prefer Sanyo

IC Number : 6735

Telephone number : House no telephone

Hand phone number : 3310

Address : Penang Jelutong

City : Nor Haliza?

Postcode : I never post anything

State : In my family, I am 2nd

Country : I love to travel to Canada

Marriage status : Secret

Email Address : Hotmail

Education Background : My teacher said not bad

Working experience : Last time got sell pirated VCD

Father's name : Daddy

Father's IC : You ask him

Mother's name : Mummy

Mother's IC : You ask her

Current Salary : Depends on my daddy mood

Expected Salary : As much as you can pay

When can start work : Depends on my mood

Highest qualification : Ya, very high

Grade : Ya, very high

College/University : College

Signature : Can I use chop?

Monday, July 27, 2009

'Jangan jadi pembudaya fitnah'

Najib mahu mahasiswa halusi isu, guna kewarasan intelektual saring maklumatSHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak mahu mahasiswa berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai serta menghalusi isu dan menggunakan kewarasan dalam menyaring maklumat agar tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, namun tidak ada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan.
"Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara," katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam. Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengasas Damai; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.
Najib berpesan supaya mahasiswa tidak syok sendiri dengan program dianjurkan sebaliknya memastikan ia relevan dengan zaman bagi menunjangi kepemimpinannya iaitu mementingkan keperluan belia sebagai klien. Katanya, pemimpin mahasiswa bukan saja perlu memenuhi ilmu di dada, tetapi juga melengkapkan diri dengan pelbagai bahasa, tugas dan kemahiran kerana masyarakat kini berada pada zaman penguasaan minda adalah penentuan kecemerlangan sesebuah negara. Berikutan itu, beliau menyifatkan usaha Damai mengadakan konvensyen itu sebagai bertepatan dalam usaha mengupas pengertian dan kepentingan kepemimpinan untuk mencari pemimpin masa depan yang berwibawa. "Dalam hal ini, jaminan saya bagi pihak kerajaan, kita akan menyokong sepenuhnya sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpin baru, yang dilatih mengikut asas kepemimpinan dan bersandarkan landasan yang betul.
"Kita mahu mahasiswa mengikut landasan yang tepat dan tidak terbabas dari jalan sewajarnya. Tindakan yang tidak menguntungkan hendaklah dielakkan kerana ini mungkin akan mencemarkan gerakan mahasiswa sendiri," katanya. Perdana Menteri seterusnya yakin penubuhan Kelab Damai itu adalah satu pendekatan mulia yang mampu menyediakan wadah dalam melahirkan bakal pemimpin masa depan. Bahkan, katanya, cara membimbing pemimpin adalah selaras dengan kaedah anjuran Rasulullah SAW yang menitikberatkan tarbiah dan disiplin dalam membentuk pengikutnya seperti ketika Baginda membimbing sahabatnya termasuk Usamah, Muaz dan Mus'ab. Beliau berkata, kaedah itu perlu menjadi teras kepada usaha Kelab Damai kerana perjalanan hidup mahasiswa masih panjang. "Ada beza antara berpendidikan, berpengetahuan dan memiliki kebijaksanaan. Masa dan pengalaman akan mematangkan mahasiswa dalam menempuh realiti kehidupan di luar nanti. "Sarjana sekarang bercakap mengenai dua istilah iaitu `kegraduatan' (graduateness) dan bukan graduan. "Graduan mungkin menitikberatkan label atau `credential' tetapi `kegraduatan' itu mementingkan intipati `attribute' atau sifat graduan itu dan meritnya. Maka kita mahu graduan bukan hanya berkebolehan dan berkemahiran memenuhi pasaran kerja, tetapi sedar dan turut serta dalam usaha memaju bangsa, agama dan negara," katanya. Najib berkata, konsep kepemimpinan yang wujud dalam Islam bersifat bersepadu iaitu menekankan keseimbangan antara roh dan jasad. Malah, katanya, kestabilan di antara perkembangan spiritual dan pembangunan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat menjadi intipati kepada ajaran agama.

Umno positif syor Nik Aziz


Isu dibincang dalam Majlis Tertinggi Jumaat: MuhyiddinKUALA LUMPUR: Umno memandang positif kesediaan Datuk Nik Aziz Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada Jumaat ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno akan membincangkan perkara itu sebagai agenda penting dan mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan perbincangan dengan pucuk kepemimpinan tertinggi Pas diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kenyataan itu membuka lembaran baru dalam hubungan Pas dengan Kerajaan Persekutuan selepas kita memberi maklum balas mengenai kesediaan membincangkan mengenai kerajaan perpaduan. "Kita menyambut baik kenyataan itu dan menyedari sebagai manusia kita sering tersilap dan mempunyai perbezaan pendapat. Ini peluang terbaik merapatkan hubungan yang kesannya bukan saja baik kepada masyarakat Islam, malah seluruh rakyat," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Kampala, Uganda, semalam. Timbalan Presiden Umno itu berkata, langkah susulan akan dimulakan dengan memilih wakil daripada Umno menemui pemimpin Pas bagi membincangkannya sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau diminta mengulas kesediaan Mursyidul Am Pas menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Menteri Besar Kelantan itu berharap perselisihan pendapat pemimpin politik, terutama antara Umno dan Pas ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yakin hubungan kerajaan dengan kerajaan dapat diperkukuhkan jika kerjasama dalam semua sektor, termasuk ekonomi dimanifestasikan. Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu sejak dulu mengamalkan sikap terbuka untuk menjalin hubungan positif dengan Kerajaan Pusat dan tidak mempunyai niat tertentu melainkan menjaga kepentingan rakyat dan umat Islam.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, berkata pada prinsipnya beliau bersetuju dengan pandangan Nik Abdul Aziz kerana ia selaras tuntutan Islam, tetapi harus berlandaskan keikhlasan dan kejujuran supaya masa depan politik, ekonomi dan sosial negara menjadi lebih baik. Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh, berkata pandangan Nik Abdul Aziz wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak supaya wujud titik persamaan yang mengetepikan perbezaan fahaman ideologi. Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menyambut baik usaha itu, namun mahu Kerajaan Pusat menunjukkan komitmen dengan memulangkan royalti petroleum RM1 bilion kepada Kelantan. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata pihaknya tidak melarang parti Pakatan Rakyat berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat, malah menggalakkan hubungan yang menguntungkan rakyat.