Wednesday, November 26, 2008

Wook 106 tahun bahagia dapat suami muda


HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi."Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.
Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.
"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.
"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.
"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.
Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.
Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.

antara kontroversi....

salam sejahtera diucapkan pada semua..
pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru kan....mmm itula pasal...tercapai tak azam tahun nie..kalo dah tercapai baguslah...tapi kalo belum rasanya belum terlewat lagi..ader lebih kurang sebulan lagi untuk kita melangkah ke tahun baru...sempat lagi tu...apa2 pun banyak betul peristiwa yang berlaku tahun ni...kalau dari segi politiknya kita dapat lihat bagaimana pada PRU12 ari tu menyaksikan persaingan yang begitu sengit antara parti di pihak kerajaan dan pihak pembangkang..dan akhirnya kerajaan sediaada terpaksa akur tidak dapat pertahankan 5 negeri..tahniah diucapkan pada pembangkang atas kejayaan itu. harap2nya janganlan disia2kan kepercayaan rakyat..dan pada parti kerajaan..masih ada masa lagi lagi untuk merampas balik..ha amcam nampak sgt gua ni tak berpihak mana2 kan...almaklumkan tak cukup umo lagi...hehehe...

yang menariknya dalam pada kita disogokkan dengan isu politik malaysia mahupun politik seantero (kemangan barack obama) n anything else...dunia hiburan lak dikejutkan ngan berita si cantik manis (cantik ke..?cantik tu...tergoda i..) abby abady dan hubby nya yang dikatakan retak nanti belah...alahai norman hakim apo kona e ko jang....naper wat camtu..bini ko kan baru jer deliver...alahai...sian..sampaikan rafidah aziz n sharizat pon terlopong dengar..heheh..dasat juga penangan abby abady n NH ni kan...

mmm..macam2 lagi...terbaru pengharaman yoga..aper pendapat korang..?sesuwai ke....macam2 hal kan mesia nie...n paling bes harga minyak dah turun...yg sengkek macam gua nie teruja sangat lah...tapi bila pk hanya sementara ngelabah den...tapi dengan isu ekonomi glocbal sekarang rasa tak wordid pon minyak turun sedangkan harga barangan lain punyerlah tinggi...alahai..takkan nak makan petrol kot.....

mmm..pk pk kan lah ek...nnti kite sambung borak lagi ekkk..ader kejer ni

Atasi isu pekerja asing

Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.
Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.
‘‘Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini.
‘‘Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Mohamad, sudah bertahun-tahun kementerian itu memaklumkan akan menyelesaikan isu kehadiran ramai pekerja asing tetapi sehingga kini tiada tindakan konkrit dibuat.
Beliau yang sudah 18 tahun menjadi wakil rakyat termasuk sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen juga kesal kerana sehingga kini tiada sebarang langkah tegas diambil bagi memastikan pekerja rakyat tempatan mendapat gaji munasabah iaitu lebih tinggi berbanding golongan miskin tegar.
Tindakan Mohamad yang berkali-kali meninggikan suara kepada Noraini itu ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahukan sikap sedemikian dihentikan.
Dalam pada itu, Noraini yang menjawab soalan asal Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) menjelaskan, pendapatan purata asas setiap pekerja di negara ini adalah berbeza mengikut sektor dan ia juga berdasarkan proses rundingan antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja.
Katanya, pendapatan purata asas adalah sebanyak RM573 sebulan bagi pekerja kedai kopi, RM628 sebulan (pertanian), RM697 sebulan (perhotelan), RM853 sebulan (pasar raya) dan RM952 sebulan (pembinaan).
Sementara itu, sesi soal jawab bertukar suasana kepada ceria apabila Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) yang bangun untuk mengemukakan soalan seterusnya, memaklumkan bahawa hari ini adalah tarikh lahirnya.